Kami tidak lebih hanya para musafir kecil. Berjalan Keluar masuk melewati jalan-jalan di belantara mazhab. Di sini berhati-hatilah, siapa saja bisa tersesat dan berputar-putar dalam kesia-siaan. Banyak papan nama, baik yang baru dipasang atau yang sudah lama ada. Memilih jalan ini begitu mudah dan bahkan membanggakan bagi siapa saja yang tidak teliti. Akhirnya yang kami pilih adalah jalan dengan 'papan nama' yang sudah ada sejak lama. Inilah jalan kami, jalan ahlu al-sunnah wa al-jama'ah, jalan konservative, jalannya para pendahulu yang telah merintis dan menempuh jalan estafet dari Rasulullah SAW. Adapun jalan dengan papan nama yang baru dipasang kami ucapkan selamat tinggal. Biarkan kami memilih jalan ini, jalan tradisi Islam turun temurun yang sambung menyambung sanad: murid dari guru, dari guru, dari guru.... dari salafuna Shalih, dari tabi'ut tabi'in, dari tabi'in, dari sahabat, dari rasulullah Saw.
Inilah jalan kami.... Ahlussunnah Waljama'ah


Nur Muhammad s.a.w.w. 2




Ramai yang beranggapan bahawa isu atau konsep Nur Muhammad ini adalah isu khilafiyyah. Ini aku memanglah setuju. Jadi bila dikatakan khilafiyyah, kita berlapang dadalah. Aku di sini bukan nak berhujjah suruh kome pegang dan percaya bab ni, cuma aku nak buktikan bahawa ianya menjadi pegangan sebahagian ulama yang muktabar, supaya pihak-pihak yang tidak bersetuju janganlah terlalu taksub nak menyalahkan yang bersetuju dengannya. Dan yang nak berpegang dengannya kenalah faham betul-betul apa yang dipegangi mengikut tafsiran yang tepat oleh para ulama ini. Bukan ikut tafsiran Syiah atau tafsiran sebahagian orang yang mengaku-ngaku ahli tasawwuf.
Aku nukilkan di sini kalam Syaikhul Islam Ibrahim al-Bajuri/al-Baijuri dalam "Haasyiah al-Bajuri 'ala Matnil Burdah" yang juga dikenali sebagai "Syarah al-Bajuri 'alal Burdah" berkenaan Qasidah Burdah yang berkat. Dalam kitabnya ini juga dinyatakan serba sedikit kelebihan beberapa bait Qasidah Burdah tersebut. Pada mukasurat 30, Syaikhul Islam menyatakan, antara lain:-
  • Dan setiap mukjizat yang didatangkan oleh para rasul yang mulia kepada umat-umat mereka, tidak akan terhubung dengan mereka (yakni tidak sampai kepada mereka atau tidak berlaku atas mereka) melainkan daripada mukjizat Nabi Muhammad s.a.w. ataupun daripada nur baginda s.a.w. yang menjadi asal bagi segala sesuatu, maka langit dan bumi adalah daripada nur baginda, syurga dan neraka adalah daripada nur baginda dan mukjizat para nabi adalah daripada nur baginda .......... dan yang dikehendaki dengan nur baginda ialah mukjizat baginda dan dinamakan ianya sebagai nur kerana dia memimpin atau menyuluh (ke arah hidayah) dan boleh juga ditanggung makna nur ini kepada an-Nurul Muhammadiy (Nur Muhammad) yang merupakan asal segala makhluk ........ jika dikatakan kenapa atau bagaimana boleh berlaku mukjizat yang didatangkan oleh para rasul yang mulia kepada umat-umat mereka adalah daripada nur Nabi Muhammad s.a.w. sedangkan para nabi tersebut adalah lebih dahulu ada ? Maka jawapannya ialah baginda s.a.w. (yakni Junjungan Nabi s.a.w.) adalah terlebih dahulu wujudnya atas segala nabi tersebut diambilkira dari segi kejadian an-Nur al- Muhammadiy (yakni Nur Muhammad telah dahulu adanya sebelum para nabi yang lain).
Syaikh Khalid al-Azhari rhm. dalam syarahnya terhadap Qasidah Burdah yang dicetak dipinggir hasyiah Syaikhul Islam al-Bajuri tersebut pada mukasurat 31 menyatakan:-
  • Bahawasanya segala tanda-tanda kenabian (yakni segala mukjizat) yang didatangkan dengannya oleh para rasul sesungguhnya berhubung dengan mereka daripada nur Nabi Muhammad s.a.w. kerana bahawasanya telah dicipta nur baginda terdahulu daripada mereka.
Ikhwah, Nur Muhammad ini makhluk yang paling awal diciptakan dan menjadi asal atau sebab bagi wujudnya sesala sesuatu, yang mana jika Allah tidak berkehendak untuk mewujudkan kekasihNya Junjungan Nabi Muhammad s.a.w. di alam nyata, maka sudah tentu segala makhluk tidak dijadikanNya. Allah berfirman dalam surah al-Anbiya`, ayat 107 yang kira-kira bermaksud: "Tidak Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat bagi sekalian alam." Berdasarkan kepada ayat ini, dapat kita fahami bahawa Junjungan Nabi s.a.w. adalah rahmat dan rahmat ini bagi sekalian alam, oleh itu demi untuk mewujudkan atau menzahirkan rahmat ini, maka Allah pun menciptakan alam semesta ini. 

Allahumma sholli wa sallim 'ala Awwali Maujud.

Sumber: http://bahrusshofa.blogspot.com/2006/04/nur-muhammad-saw-2.html

Tidak ada komentar:

Poskan Komentar

Kumpulan Mahalul Qiyam MP3

Al Quran Online