Aku
nukilkan satu pandangan yang menarik berhubung Nur Muhammad s.a.w. dan
kejadian alam semesta yang dinyatakan oleh Syaikh Muhammad Hisham
Kabbani dalam bukunya berjodol " The Approach of Armageddon ?" pada mukasurat 59 - 60.
- The Prophet s.a.w. said: "That light turned in the midst of His Power for as long as He wished."
- Allah caused that light to turn (yadurr) around the Essence of the Divine Attribute of Power - Allah's Ocean of Power - just as people circumambulate around the Ka'ba, and just as electrons turn around the nucleus of the atom.
- When something turns, it generates energy, just as a generator produces electricity when it is turned by the turbine in a hydroelectric plant. As the light of the Prophet s.a.w. was turning in the Divine Presence of the Attribute of Power, bahr al-qudra, it was accumulating more and more energy. At some point the Light of the Prophet s.a.w. was overwhelmed by the immense energy accumulated upon it - to the point that it was essential the energy be released. When the accumulated energy could no longer be contained, Allah s.w.t. ordered it to explode in what is known as the Big Bang.
- The expansion of that light and energy of the Big Bang continues even now. And therefore the Prophet Muhammad s.a.w. is the center of light. Allah s.w.t. created the light of the Prophet s.a.w. and endowed him with vast energy from His Ocean of Power. It was through the explosion of that energy that everything in this universe came into existence - all through the agency of the Prophet s.a.w.
Menarik
juga tafsiran yang dibuat oleh Tok Syaikh Hisham tersebut yang
menghubungkan Nur Muhammad dengan teori Big Bang. Apa-apa pun, Nur
Muhammad itu adalah satu hakikat yang hanya Allah ta`ala sahaja
mengetahui kejadiannya. Jadi hakikatnya Allahu a'lam.
========================================================================
========================================================================
Qadhi 'Iyyadh al-Yahsubi dalam kitabnya "asy-Syifa` bi ta'riifi huquuqil Musthofa" mukasurat 83 meriwayatkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Sayyidina 'Abdullah bin 'Abbas r.anhuma bahawasanya :-
- Junjungan Nabi s.a.w. bersabda:-" Adalah roh baginda merupakan satu nur di sisi dua tangan Allah ta'ala (yakni di sisi qudrah dan iradah Allah ta`ala) sebelum diciptakan Nabi Adam 2000 tahun. Nur tersebut bertasbih dan bertasbih bersamanya segala malaikat. Maka apabila Allah mencipta Nabi Adam, disimpankan Nur tersebut ke dalam sulbinya. "
- Selanjutnya Junjungan s.a.w. menyambung: " Maka Allah telah menurunkan aku ke bumi dalam sulbi Nabi Adam, dan dijadikanNya aku dalam sulbi Nabi Nuh, dan diletakkanNya aku dalam sulbi Nabi Ibrahim, kemudian sentiasalah Allah ta`ala memindah-mindahkan aku dari sulbi-sulbi yang mulia ke rahim-rahim yang suci sehingga Dia mengeluarkan aku daripada kedua ibu bapaku, sedangkan mereka sekali-kali bersekedudukan dalam kekejian (yakni semua leluhur Junjungan s.a.w. tidak pernah melakukan zina, semuanya bernikah secara sah).
Selanjutnya
Qadhi Iyyadh menyatakan bahawa antara bukti untuk menguatkan kesahihan
khabar ini adalah syair al-Abbas yang masyhur pada memuji Junjungan Nabi
s.a.w. Mulla 'Ali al-Qari dalam syarahnya bagi kitab "asy-Syifa`"
tersebut pada mukasurat 199, juzuk 1, menyatakan bahawa hadis ini
diriwayatkan oleh Abu 'Amr al-'Adni dalam musnadnya. Beliau juga
menyatakan bahawa pada kebanyakkan riwayat lafaz "Inna Quraisyan
(Bahawasanya seorang quraisy (yakni Junjungan Nabi s.a.w.)" digunakan.
Hadis inilah yang dinukil oleh Syaikh Wajihuddin 'Abdur Rahman
ad-Diba`ie, yang juga seorang ahli hadis, dalam mawlidnya yang terkenal
itu. Imam al-Haddad juga menukil hadis ini dalam kitabnya "Sabilul Iddikar", maka terserahlah kepada kalian.
===================================================================
Syaikh Ahmad bin Muhammad Zain bin Musthofa
al-Fathani adalah antara ulama kita yang mendokong konsep Nur Muhammad
sebagai seawal-awal penciptaan. Perkara ini dapat kita lihat dalam
berbagai karangan beliau, dari karangan kitab tawhid seperti "Sabilus Salam" sehinggalah ke kitab sirah beliau "Badrut Tamam wan Nujumuts Tsawaaqib". Dalam "Badrut Tamam" mukasurat 3, beliau rhm. menulis, antara lain:-
- (Telah datang di dalam hadis) bahawasa awal barang yang dijadikan Allah ta`ala itu nur nabi kita Muhammad s.a.w. dan datang pada kaifiyyat menjadikan nur yang mulia itu beberapa riwayat yang berbilang-bilang. Dan hasil sekaliannya bahawasa Allah s.w.t. tatkala bergantung iradahNya dengan menjadikan sekalian makhluk, menjadilah Ia akan nur Sayyidina Muhammad s.a.w. dahulu daripada dijadikan langit dan bumi dan arsy dan kursi dan luh dan qalam dan syurga dan neraka dan malaikat dan sekalian yang lainnya dengan bagian-bagian ribu tahun..........
Kalau
nak tahu lebih lanjut, sila dapatkan kitab tersebut yang insya-Allah
masih ada dalam pasaran berkat usaha gigih Tuan Guru Haji Wan Muhammad
Shoghir Abdullah (moga dilanjutkan usia dan diberkati usahanya). Dah
dapat kitab, pergilah mengaji dengan tuan-tuan guru kita yang khumul,
yang diumpamakan "mengikut resmi padi, makin tunduk makin berisi".
Insya-Allah, betul ikutan tuan-tuan dengan jalan para ulama 'amilin yang
menjadi waris salafus sholihin.
======================================================================
Syaikh Ismail Haqqi rhm. pengarang kitab tafsir "Ruhul Bayan" pada jilid 2, mukasurat 370 menyatakan pula:-
- "....Dan dinamakan Junjungan Rasul itu sebagai nur kerana seawal-awal sesuatu yang dizahirkan/diwujudkan Allah dengan nur qudrahNya (yakni dengan kekuasaanNya) dari kegelapan 'adam (ketidakwujudan) adalah Nur Muhammad s.a.w. sebagaimana dinyatakan dalam hadis: "Seawal-awal yang diciptakan Allah ialah nurku".......
Insya-Allah
wa bi 'awnihi, kita akan lihat ramai lagi ulama kita yang berpegang
dengan Nur Muhammad s.a.w. Jadi sesiapa yang nak memfatwakan sesat
pegangan Nur Muhammad secara mengkhinzir buta, berhati-hatilah. Aku dah
lihat satu blog Mamat yang belajar kat sekolah wahhabi di San`a menuduh
aku sesat sebab isu Nur Muhammad. Alhamdulillah, simpanan aku buat hari
esok.
====================================================================
Ikhwah, Imam al-FakhrurRazi dalam tafsirnya yang masyhur "Mafaatihul Ghaib"
juzuk 6, menyatakan bahawa sujudnya para malaikat sebagai tanda hormat
kepada Nabi Adam a.s. adalah dikeranakan Nur Muhammad a.s. yang berada
di dahi Nabi Adam a.s. Imam asy-Syahrastani dalam 'Milal wan Nihal"
juga menceritakan bahawa gajah-gajah Abrahah menyungkur sujud
menundukkan kepadanya kepada Abdul Mutallib kerana Nur Muhammad s.a.w.
yang ada di dahinya. Inilah antara bukti kewujudan dan kebesaran Nur
Muhammad s.a.w. yang merupakan roh Junjungan kita.
=====================================================================
Habib Utsman bin 'Abdullah bin 'Aqil BinYahya
al-'Alawi al-Husaini asy-Syafi`i, Mufti Betawi yang terkenal menulis
dalam kitabnya "az-Zuhrul Baasim fi Athwaari Abil Qaasim s.a.w. ":-
- ....Maka sekalian anbiya` 'alaihimus sholatu was salam dijadikan mereka itu daripada cahaya Nabi Muhammad s.a.w. dan memberi tasbih oleh cahaya itu pada Allah ta`ala, maka sekalian malaikat memberi tasbih pada Allah ta`ala dengan tasbihnya cahaya itu di dalam masa 2000 tahun. Maka kemudian daripada itu, maka dijadikan oleh Allah ta`ala akan Nabi Adam a.s. (yakni jasad baginda) dan ditaru(h) padanya cahaya Nabi Muhammad s.a.w., maka diperintah oleh Allah ta`ala akan sekalian malaikat bersujud hormat kepada Nabi Adam a.s. Maka setelah itu diambil maka diambil oleh Allah ta`ala akan Nabi Adam a.s. perjanjian bahawa ia memelihara akan cahaya itu turun - temurun. Maka dengan taqdir Allah berpinda(h)-pinda(h)lah itu pada anak cucu Nabi Adam dari nabi-nabi dan wali-wali hingga pada Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Isma`il a.s. dan turun-temurun pula hingga pada 'Abdul Muthallib ibnu Hasyim iaitu kake(k)nya Rasulullah s.a.w. yang masyhur di negeri Makkah mempunyai pangkat besar lagi murah dua tangannya memberi sedekah dan jamu-jamuan pada orang-orang hingga binatang-binatang di hutan diberi makan padanya. Pada masa diperanakkan 'Abdullah anaknya 'Abdul Muthallib, maka berpindahlah cahaya Nabi Muhammad dari 'Abdul Muthallib kepada anaknya 'Abdullah itulah ayahanda Rasulullah s.a.w..........==================================================================
Syaikh 'Abdul Wahhab asy-Sya'raani dalam "al-Yawaaqiit wal Jawaahir" menyebut:-
- ... Maka sekiranya ditanya: Apakah yang terawal dizahirkan (diwujudkan) selepas dibelah/dipecah mega/tabir ketidakwujudan (yakni selepas Allah berkehendak untuk mewujudkan makhluk dengan menamatkan 'adamnya makhluk) ? Jawapannya adalah seperti kata Syaikh Taqiyuddin bin Abu Mansur, bahawasanya seawal-awal makhluk yang diwujudkan selepas dirobek mega ketidakwujudan adalah Junjungan Nabi s.a.w., maka dengan demikian berhaklah Junjungan Nabi s.a.w. sebagai yang terawal daripada segala yang awal (daripada sekalian makhluk), maka Junjunganlah bapa bagi segala ruhaniyyah sebagaimana Adam a.s. menjadi bapa bagi segala jisim jasmaniyyah.
Perlu diingat bahawa walaupun ada 'alaqah antara ruh kita dengan ruh Junjungan s.a.w. seperti wujudnya 'alaqah antara jisim kita dengan jisim Nabi Adam a.s., ruh dan jasad kita tetap menjadi tanggungan kita semata-mata. Bahkan kerana kita mengkhianati kemuliaan asal kejadian kita dengan mencemarinya serta menjerumuskan diri dalam berbagai dosa dan maksiat, maka kita diazab oleh Allah s.w.t. Sewajarnya apabila kita mengetahui asal muasal kejadian diri kita, maka bersungguh-sungguh kita memelihara diri sebagai sebaik-baik ciptaan (ahsanu taqwim) jangan sampai terjatuh ke tempat yang serendah-rendahnya (asfala saafiliin).Allahumma sholli wa sallim 'ala Awwali Maujud.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar