Tahun
Gajah, 12 Rabi`ul Awwal, lahirlah Junjungan s.a.w. ke alam nyata.
Kelahiran yang menjadi rahmat bagi sekalian alam. Allah jadikan alam ini
semata-mata kerana hendak menzahirkan rahmatNya ini bagi sekalian alam.
Jika bukan kerana Junjungan s.a.w. nescaya alam ini tidak diciptakan
Allah s.w.t.
Roh
Junjungan s.a.w. merupakan seawal-awal makhluk yang diciptakan Allah,
menurut keterangan bukan seorang tetapi ramai ulama dari kalangan pemuka
Ahlus Sunnah wal Jama`ah (i.e. bukannya Syiah sebagaimana tuduhan
penderhaka Wahhabi). Sebelum itu apa itu roh ? Ianya adalah rahsia
Allah, tiada siapa yang tahu hakikatnya selain Allah. Roh inilah yang
digelar, disebut dan dipanggil dengan berbagai nama kemuliaan seperti
"An-Nurul Muhammadiy", "Nur Muhammad", Haqiqatul Muhammadiyyah" dan
sebagainya. Al-Amir 'Abdul Qadir al-Jazaairi dalam kitabnya "al-Mawaqif" pada mawquf yang ke-89 telah menyenaraikan banyak lagi gelar dan nama panggilan tersebut.
Ulama
Ahlus Sunnah wal Jama`ah yang berpegang kepada konsep Nur Muhammad ini
telah memberikan tafsiran yang sekali-kali tidak bercanggah dengan
'aqidah dan syariah Islam serta disandarkan kepada dalil-dalil yang
boleh dipegangi. Secara ringkasnya mereka berpegang bahawa:-
- Nur Muhammad adalah makhluk yang diciptakan Allah paling awal di alam arwah dan merupakan roh Junjungan s.a.w.
- Nur Muhammad ini dicipta daripada nur yang juga dicipta dan dimiliki Allah, yang mana hakikatnya tidak diketahui kerana ianya merupakan ilmu Allah s.w.t. semata-mata dan bukanlah erti "nur" itu cahaya atau sinar seumpama cahaya matahari atau lampu yang merupakan lawan bagi kegelapan atau sesuatu yang boleh menerima kegelapan.
- Nur Muhammad inilah yang menjadi asal atau benih atau dengan kata lain menjadi sebab bagi kewujudan sekalian makhluk lain.
Antara
ulama tersohor lagi muktabar yang menjadi pegangan Ahlus Sunnah wal
Jama`ah (i.e. Wahhabi tak pakai le) ialah Syaikhul Islam Ibrahim
al-Baijuri/al-Bajuri rhm. Ulama besar yang menjadi Syaikhul Azhar,
pengarang berbagai kitab pegangan antaranya yang masyhur "Hasyiah al-Bajuri 'ala Ibni Qasim al-Ghazi" dalam fiqh Syafi`i. Dalam kitab tawhidnya "Tuhfatul Murid 'ala Jawharatit Tawhid", mukasurat 80, beliau menyatakan:-
- "Dan yang tahqiqnya ialah bahawasanya Junjungan Nabi s.a.w. diutuskan kepada sekalian para nabi dan umat-umat terdahulu, akan tetapi dii'tibarkan pada alam arwah kerana sesungguhnya roh baginda telah diciptakan sebelum segala arwah yang lain...."
Jadi
roh Junjungan s.a.w. adalah paling awal dicipta di alam arwah dan telah
pun mencapai darjat rasul dan nabi di mana segala arwah lain dari
segala nabi dan umat-umat mereka dikehendaki untuk mengakui dan menerima
kerasulan dan kenabian Junjungan s.a.w. tersebut. Inilah yang
dimaksudkan dengan firmanNya : "Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya...." (Surah Saba` : 28).
Allahumma sholli wa sallim 'ala Awali Maujud.
Sumber: http://bahrusshofa.blogspot.com/2006/04/nur-muhammad-saw-1.html
Tidak ada komentar:
Posting Komentar