Sayyid
Yusuf bin Sayyid Hashim ar-Rifa`ie yang dilahirkan pada 1351H/1932M di
Kuwait adalah seorang ulama Syafi`i dan sufi yang menjalani Thoriqat
nendanya Sayyid Ahmad ar-Rifa`ie. Beliau juga pernah dilantik menjadi
ahli parlimen dan menteri di Kuwait. Beliau ada mengarang beberapa kitab
antaranya:-
- "at-Tasawwuf was Shufiyyah fi daw` al-Quran was Sunnah";
- "Khawatir fis Siyasa wal Mujtama`";
- "Adillatul Qunut fi Sholatil Fajr"; dan
- "Nasihah li Ikhwanina 'Ulama` Najd".
Beliau juga adalah pengarang kitab "Adillatu Ahlis Sunnah wal Jama`ah" atau dikenali juga dengan jodol "ar-Radd al-Muhkam al-Mani' ala munkarat wa syubuhat Ibn Mani' fi tahajjumihi 'ala as-Sayyid Muhammad al-Maliki al-Makki".
Kitab ini merupakan pembelaan beliau terhadap Buya Habib Muhammad
al-Maliki yang diserang dan ditohmah sebagai sesat oleh Ibnu Mani'
al-Wahhabi dan kuncu-kuncunya dari kalangan ulama Wahhabi Saudi. Dalam
Fasal ke-2, beliau menulis mengenai Junjungan s.a.w. sebagai asal atau
sebab dijadikan segala makhluk yang mana jika bukan kerana Junjungan
s.a.w. segala alam dan makhluk tidak dijadikan Allah. Beliau juga
menyentuh mengenai Nur Muhammad s.a.w. dan pada mukasurat 22,
dinukilkannya hadis Jabir yang diriwayatkan oleh 'Abdur Razzaq. Pada
mukasurat 23, beliau menulis antara lain:-
- Dan seawal-awal roh manusia yang diciptakan ialah roh as-Sayyid al-A'dhzam (yakni Junjungan Nabi) s.a.w. sebagaimana diberitakan mengenainya dalam hadis Junjungan s.a.w.: "Adalah aku seawal-awal manusia pada penciptaan dan yang terakhir pada pembangkitan (yakni dibangkitkan/diutuskan sebagai rasul)". Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Sa`ad secara mursal dengan sanad yang shohih. Abu Nu`aim, Ibnu Abi Hatim dalam tafsirnya dan ad-Dailami telah meriwayatkan sebuah hadis daripada Sa`id bin Basyir daripada Qatadah daripada al-Hasan daripada Abu Hurairah r.a. dengan lafaz: "Adalah aku seawal-awal nabi pada penciptaan dan yang terakhir pada pengutusan." Dan riwayat ini adalah tafsir kepada riwayat Ibnu Sa`ad tadi, di mana yang dimaksudkan sebagai `manusia' itu adalah para nabi. Maka Junjungan s.a.w. adalah seawal-awal nabi di alam arwah dan penutup mereka pada alam al-asybah. Dan Allah telah menjadikan baginda nabi di alam arwah sebelum para nabi sekaliannya. Dengan bagindalah dibukakan kenabian di alam arwah dan dengan baginda ditutupkan kenabian di alam asybah. Beliaulah al-Faatih dan al-Khaatim.
Allahumma sholli wa sallim 'ala Nuril Anwar.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar