Sidi Syatha menyambung:-
- Telah berkata Sulthanul-'Arifin Jalaluddin as-Sayuthi dalam kitabnya berjodol "al-Wasaail fi syarhisy Syamaail":- "Tidak ada sebuah rumah atau masjid atau tempat yang dibacakan padanya Mawlidin Nabi s.a.w. melainkan akan dikitari/dikelilingi/diselubungi tempat itu oleh para malaikat akan ahli yang hadir di tempat tersebut serta diratai mereka oleh Allah dengan rahmat. Para malaikat yang diselubungi/diliputi/dikalungi cahaya iaitu Jibril, Mikail, Israfil, Qarbail, 'Aynail, ash-Shaafun, al-Haafun dan al-Karubiyyun, maka bahawasanya mereka berdoa bagi sesiapa yang menjadi sebab untuk pembacaan Mawlidin Nabi s.a.w. "
- Imam as-Sayuthi berkata: "Tidak ada seseorang Islam yang diperbacakan dalam rumahnya akan Mawlidin Nabi s.a.w. melainkan diangkat Allah kemarau, wabak, kebakaran, malapetaka, bala bencana, kesengsaraan, permusuhan, hasad dengki, kejahatan 'ain (sihir pandangan) dan kecurian daripada ahli rumah tersebut, maka apabila dia mati, Allah akan mempermudahkan atasnya menjawab soalan Munkar dan Nakir dan adalah dia ditempatkan pada kedudukan as-Shidq di sisi Allah Raja yang Maha Berkuasa."
Mungkin
ada yang bertanya kenapa ada orang baca mawlid tetapi masih menerima
malapetaka dan bencana. Apa nak kata, hatta para Nabi pun mendapat
musibah duniawi sebagai ujian daripada Allah s.w.t., kerana semuanya
berlaku atas kehendak Allah semata-mata. Apa jua musibah duniawi adalah
ringan berbanding musibah berbentuk maknawi. Keselamatan dari musibah
maknawi ini yang diutamakan, biar rumah kita dicuri asalkan iman dan
kesabaran serta tawakkal kita pada Allah tidak turut dicuri sama.
Mungkin juga Allah belum menerima amalan kita, sehingga ianya tidak
menjadi sebab mendapat rahmat Allah tersebut, oleh itu teruskan usaha
dan tingkatkan amalan. Yakin kepada kemurahan Allah yang tiada terbatas
dan carilah syafaat daripada Junjungan s.a.w.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar