Kami tidak lebih hanya para musafir kecil. Berjalan Keluar masuk melewati jalan-jalan di belantara mazhab. Di sini berhati-hatilah, siapa saja bisa tersesat dan berputar-putar dalam kesia-siaan. Banyak papan nama, baik yang baru dipasang atau yang sudah lama ada. Memilih jalan ini begitu mudah dan bahkan membanggakan bagi siapa saja yang tidak teliti. Akhirnya yang kami pilih adalah jalan dengan 'papan nama' yang sudah ada sejak lama. Inilah jalan kami, jalan ahlu al-sunnah wa al-jama'ah, jalan konservative, jalannya para pendahulu yang telah merintis dan menempuh jalan estafet dari Rasulullah SAW. Adapun jalan dengan papan nama yang baru dipasang kami ucapkan selamat tinggal. Biarkan kami memilih jalan ini, jalan tradisi Islam turun temurun yang sambung menyambung sanad: murid dari guru, dari guru, dari guru.... dari salafuna Shalih, dari tabi'ut tabi'in, dari tabi'in, dari sahabat, dari rasulullah Saw.
Inilah jalan kami.... Ahlussunnah Waljama'ah


Imam al-Nawawi [631 - 676H]

Imam al-Nawawi [631 - 676H]
Imam al-Nawawi dilahirkan di sebuah kampung bernama Nawa di daerah Hauran sebelah selatan kota Damsyik, Syria pada bulan Muharram 631H. Nama penuh beliau ialah Muhyiddin, Abu Zakaria, Yahya bin Syaraf al-Nawawi, al-Hizami, al-Haurani, al-Syafii. Beliau hidup di kalangan ahli keluarga yang sangat menghargai ilmu agama.
Imam Nawawi pindah ke Damsyik dan tinggal di madrasah al-Rawahiyyah pada tahun 649H semata-mata untuk menuntut ilmu. Beliau sangat tekun menuntut ilmu agama dan berjaya menghafal kitab al-Tanbih hanya dalam masa 4 setengah bulan sahaja. Pada bulan berikutnya dalam tahun itu beliau berjaya menghafal ¼ kitab al-Muhazzab di bawah bimbingan gurunya iaitu Ishaq bin Ahmad al-Maghribi.


Beliau kemudian berangkat bersama bapanya untuk menunaikan fardu haji. Di sana beliau telah menetap di kota Madinah selama sebulan setengah dan mengalami sakit di sepanjang perjalanannya.
Abu al-Hasan bin al-‘Atthar – salah seorang muridnya – menceritakan bahawa gurunya iaitu Imam al-Nawawi memberitahunya yang dia belajar sebanyak 12 pelajaran dengan para gurunya setiap hari. Subjek tersebut sama ada dalam bentuk huraian atau pembetulan. Subjek pelajarannya adalah seperti berikut:
2 subjek menggunakan kitab al-Wasith (fiqh)
1 subjek menggunakan kitab al-Muhazzab (fiqh)
1 subjek menggunakan kitab al-Jam’u baina al-Sahihain (hadis)
1 subjek menggunakan kitab al-Sahih Muslim (hadis)
1 subjek menggunakan kitab al-Luma’ karya Ibn Jinni (nahu)
1 subjek menggunakan kitab Islah al-Manthiq (bahasa)
1 subjek dalam ilmu saraf1 subjek dalam ilmu usul al-fiqh
1 subjek dalam ilmu rijal – biografi periwayat hadis1 subjek dalam ilmu usuluddin – akidah
(berkata Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah: Apa yang tersalin dalam kitab hanya 11 subjek sahaja)
Antara reaksi kehidupan seharian Imam al-Nawawi ini ialah beliau enggan makan buah-buahan dan timun (sayur-sayuran), alasannya ialah: “Aku bimbang ia akan menggemukkan badanku dan membuatkan aku tidur lama!” Sedangkan beliau hanya makan sekali pada setiap hari dan hanya sekali meminum air iaitu ketika waktu sahur.
Beliau menghadapi pemerintah dengan penuh keberanian, segala yang menyalahi sayarak akan ditegur, dikirim kepada mereka surat serta mengingatkan pemerintah dengan ‘kekuasaan’ Allah Taala. Beliau pernah menulis dalam suratnya:
“Daripada hamba Allah, Yahya al-Nawawi: Semoga Allah memberikan keselamatan, rahmat dan keberkatanNya kepada kamu, Sultan yang dihormati, penghulu raja-raja Badr al-Din. Semoga Allah melestarikan kepadanya kebaikan dan kebajikan. Diperpanjangkan kebaikan di dunia ini hingga ke akhirat bagi setiap impiannya serta diberkati pada setiap keadaannya, amin! Aku ingin menyampaikan pada pengetahuan yang mulia bahawa penduduk Syam sedang menghadapi kesempitan dengan sebab ketiadaan hujan …  dalam satu surat yang agak panjang.”
Lalu dibalas surat tersebut dengan nada yang keras oleh al-Zahir. Bukan sekali beliau menulis surat kepada Malik al-Zahir dalam mengajak kepada perbuatan yang baik dan meninggalkan perkara yang buruk. Tetapi nada suratnya penuh dengan kelembutan dan kebaikan. Bukan suara yang keras dan menempelak para pemerintah dengan cacian dan kutukan sebagaimana kini. Hinggakan pernah ditanya kepada Malik al-Zahir berkaitan dengan Imam al-Nawawi beliau menyatakan: “Aku begitu gerun kepadanya”.
Antara karyanya yang terkenal ialah:
Minhaj Fi Syarh Sahih Muslim
Riyadh al-Solihin Min Kalam Saiyid al-Mursalin
Al-AzkarAl-Arba’in (Hadis 40)
Al-Irsyad
Tahzib al-Asma’ Wa al-Lughah
Minhaj al-Thalibin
Al-Daqaiq
Tashihul Tanbih Fi Fiqh al-Syafi’iyah
Taqrib Wa Tahsin Fi Musthalah al-Hadits
Al-‘Umdah
Al-Idhah
Al-Tibyan fi Adab Hamlah al-Quran
Dan banyak lagi…
Beliau terus belajar ilmu hingga menjadi seorang ulama besar dalam fiqh mazhab Syafii, turut mahir di dalam bidang hadis dan bahasa. Berkaitan dengan ini Syaikh ibn Farh menyatakan bahawa Imam al-Nawawi memiliki tiga darjat yang setiap satu darjatnya sangat sukar dicapai oleh orang lain, iaitu ilmu, zuhud dan berpesan ke arah kebaikan dan menolak kemungkaran.
Beliau pulang semula ke Nawa selepas menziarahi Bait al-Maqdis. Di sana tidak berapa lama beliau jatuh sakit dan meninggal dunia pada bulan Rejab tahun 676H. Umur Imam al-Nawawi ketika itu baru mencecah 45 tahun, meskipun usianya yang tidak begitu panjang, kehidupannya dalam tempoh itu penuh dengan keberkatan. Umur yang singkat itu, beliau menghabiskan untuk melakukan ibadah, ketaatan, mengajar dan menulis.
Semoga Allah merahmati beliau dan kita semua. Allahumma amin!
.
Sumber: http://mohdfikri.com/blog/biografi-tokoh/tokoh-islam/imam-al-nawawi-631-676h.html

Tidak ada komentar:

Poskan Komentar

Kumpulan Mahalul Qiyam MP3

Al Quran Online